DCL Family Teams

Thursday, June 18, 2009

Pemimpin cemerlang DCL dirai


KUALA LUMPUR: Lebih 700 pemimpin atasan pengedar produk De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL) diraikan dengan penuh meriah dalam Majlis Gala Dinner Kebangsaan 2007 di sini, kelmarin.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar berkata majlis berkenaan diadakan buat kali ketiga bagi mengumpul pengedar selain memperingati ulang tahun ke-10 syarikat terbabit.

"Kami ingin meraikan mereka yang cemerlang dan komited terhadap DCL yang kini mencecah sepuluh tahun. Mereka yang hadir ini terdiri daripada wakil setiap negara pasaran produk DCL seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

"Selain itu, beberapa pengedar turut dianugerahkan Pingat Crown Ambassador dan Pangkat Crown Director iaitu peringkat tertinggi dalam sistem Pemasaran Multi Peringkat (MLM)," katanya pada majlis itu di sini,semalam. Hadir sama Pengasas kedua yang juga isterinya, Datuk Azlina Che Abdullah.

Pada majlis itu juga, Stapa berkata DCL turut memberi penghargaan menerusi anugerah khas kepada ibu bapa pengedar cemerlang."Selain itu, kami turut mengiktiraf dua pengedar cemerlang menerusi Anugerah Khas Piala Datuk Stapa dan Anugerah Khas Piala Datuk Azlina,"katanya.

Sehingga kini, syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera itu melahirkan kira-kira 100,000 usahawan Bumiputera. Stapa berkata, syarikat kini mempunyai lebih 300,000 pengedar diseluruh negara pasarannya.

"Kami sasar untuk mendapatkan 150,000 pengedar baru menjelang tahun depan selain menambah bilangan pembabitan golongan muda menceburi bidang MLM ini," katanya.

Publication : HM
Date : 20/11/2007
Page Number : 20
Headline : Pemimpin cemerlang DCL dirai

No comments:

Post a Comment

DCL Dalam Wanita Hari Ini 2

DCL Dalam Wanita Hari Ini 3

Lorem Ipsum

DCL Dalam Wanita Hari Ini 4

Tentang Blog Tiada Halangan

Blog Tiada Halangan Adalah Untuk Layaran Umum, Di Mana Kami Ingin Mengiklankan Produk- produk Dan Perniagaan Yang Dijalankan... Pengunjung Bolehlah Menghayati Apa Yang Di Tulis, Di Isi Dan Di Paparkan.

Jika Sesiapa Berminat Semuanya Dah Disediakan Bagaimana Cara Untuk Menghubungi Kami.

Kami Tidak Menjalankan Perniagaan Yang Tidak Sihat, Menipu Dan Tidak Membuat Skim Cepat Kaya Yang Menyalahi Undang-undang.

Terima Kasih Sekali Lagi Di Atas Kunjungan Anda.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP