DCL Family Teams

Thursday, June 18, 2009

DCL catat untung RM36 juta

DE Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL), sebuah syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera, mensasarkan penjualan produk bernilai RM50 juta tahun ini, peningkatan sebanyak RM14 juta berbanding RM36 juta tahun lalu.

Pengerusi Eksekutifnya, Stapa Omar, berkata sasaran itu berdasarkan keyakinan daripada aliran pertambahan keahlian yang memberangsangkan pada kadar antara 3,000 hingga 4,000 orang sebulan sekarang.
Berikutan itu, katanya, DCL yang mula beroperasi pada 1998 dan kini mempunyai 50,000 ahli meletakkan sasaran pertambahan keahlian baru sebanyak 40,000 orang sepanjang tahun ini. "Melihat kepada sikap positif ahli sedia ada yang agresif mencari ahli baru dan pembukaan pasaran baru Indonesia yang kini di peringkat akhir sebelum dilancarkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini, peluang untuk mencapai sasaran penjualan produk sebanyak RM50 juta bagi tahun ini, sangat cerah," katanya ketika ditemui di Wisma DCL di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Bagi menampung pertambahan permintaan produk daripada ahli, Stapa berkata syarikat itu kini sedang mengubah suai sebuah kilang baru dibangunan Mara dekat Batu Caves sebagai sokongan kepada kilang sedia ada di Bukit Beruntung, Selangor.

"Ketika mula beroperasi pada 1998, ramai yang meragui kemampuan DCL sebagai syarikat jualan langsung milik Bumiputera untuk bersaing dengan syarikat jualan langsung antarabangsa yang sudah bertapak di Malaysia sejak sekian lama.

"Bagaimanapun, kita masih beroperasi dan terus berkembang. Kini sasaran DCL bukan hanya di Malaysia tetapi antarabangsa. Kita sudah memasuki Brunei dan Singapura dan kini giliran Indonesia pula. DCL merancang untuk melangkah lebih jauh lagi," katanya.

Mengenai produk yang dikeluarkan syarikat itu, Stapa berkata pada masa ini, syarikat mengeluarkan 22 produk merangkumi produk kecantikan dan kesihatan dengan sasaran penambahan 15 lagi produk baru tahun ini membabitkan produk kemudahan rumah.

"Kita mempunyai unit R&D (penyelidikan dan pembangunan) sendiri yang meletakkan keutamaan produk berkualiti dan sudah pasti , kita mementing aspek halal sesuatu produk itu." katanya.

Ikhsan Harian Metro, 3 MArch 2005 oleh En.Zainuddin Zain

No comments:

Post a Comment

DCL Dalam Wanita Hari Ini 2

DCL Dalam Wanita Hari Ini 3

Lorem Ipsum

DCL Dalam Wanita Hari Ini 4

Tentang Blog Tiada Halangan

Blog Tiada Halangan Adalah Untuk Layaran Umum, Di Mana Kami Ingin Mengiklankan Produk- produk Dan Perniagaan Yang Dijalankan... Pengunjung Bolehlah Menghayati Apa Yang Di Tulis, Di Isi Dan Di Paparkan.

Jika Sesiapa Berminat Semuanya Dah Disediakan Bagaimana Cara Untuk Menghubungi Kami.

Kami Tidak Menjalankan Perniagaan Yang Tidak Sihat, Menipu Dan Tidak Membuat Skim Cepat Kaya Yang Menyalahi Undang-undang.

Terima Kasih Sekali Lagi Di Atas Kunjungan Anda.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP